.,, Suyoto (1999) THE DESIGN AND DEVELOPMENT OF AN INTERACTIVE RAY TRACING SYSTEM FOR S-CAD OBJECT. Phd thesis, UAJY.
TF00686.pdf
Restricted to Repository staff only
File Pdf (10MB)
Abstract
Tesis ini akan menerangkan tentang perekabentukan, pembangunan dan pelaksanaan
sistem penyurihan sinar secara interaktif - S-RAY (Simple Ray Tracing). Sistem ini
direka khas untuk dimanfaatkan pelajar yang menggunakan perisian S-CAD (Simple
Computer Aided Design) agar dapat menghasilkan imej foto realistik dengan senang dan
interaktif.
Sistem baru S-RAY ini membolehkan pengguna menyunting dan memanipulasi
cahaya, objek dan tekstur secara bebas dan interaktif. Antara bentuk interaksi ini ialah
pengguna diberi kebebasan menggunakan tetikus dan kotak dialog untuk menyunting dan
memanipulasi kedudukan objek, atribut objek, cahaya dan tekstur. Sementara itu, fungsi
S-RAY yang telah ditawarkan juga banyak, termasuk impot fail S-CAD dan DXF, enam
objek primitif, tetingkap berbilang, langkah undur/maju tak terbatas, cantas, salin, anjak,
putar, skala, tukar atribut objek dan persekitarannya, tekstur, pencahayaan dengan pilihan
lapan lampu, bayangan, pantulan, simpan fail, simpan bitmap, penghasilan rentetan fail
bitmap secara otomatik untuk animasi, percetakan, percetakan pratonton dan animasi.
Dalam sistem baru S-RAY ini, algoritma pencaman objek S-CAD tiga dimensi
(3D) didedahkan dan diimplimentasikan. Pencaman objek 3D itu dilakukan dengan
mengenal pasti ciri fail ASCII S-CAD. Selain itu, dua algoritma bayangan telah
didedahkan dan diimplimentasikan iaitu algoritma bayangan tajam dan algoritma
bayangan kabur. Juga terdapat dua algoritma pantulan didedahkan dan
diimplimentasikan, iaitu algoritma pembalik satah dan algoritma pemetaan sfera.
Seterusnya, beberapa algoritma sekunder sistem S-RAY juga didedahkan dan
diimplimentasikan, diantaranya algoritma langkah maju/mundur tak terhingga, algoritma
simpan bitmap, algoritma penghasilan rentetan fail bitmap secara otomatik, algoritma
animasi, algoritma percetakan dan algoritma percetakan pratonton.
Selain itu, tesis ini memperkenalkan kaedah baru dalam pembangunan perisian
yang dinamakan sebagai kaedah tailor-made. Kaedah tersebut merupakan suatu kaedah
yang memadukan dan menyesuaikan antara fungsi sokongan pihak ketiga (third-partysupport)
dengan fungsi binaan sendiri sehingga menghasilkan produk sesuai dengan
keperluan pengguna. Fungsi bentuk sokongan pihak ketiga iaitu samaada dalam bentuk
fail DLL (Dynamic Link Library) ataupun fungsi yang boleh dicantumkan ke dalam
sistem. Dalam kaedah ini setiap fungsi harus dapat berfungsi dengan bebas. Kelebihan
pembangunan kaedah ini ialah boleh menjimatkan masa penyelidikan.
| Item Type: | Thesis (Phd) |
|---|---|
| Subjects: | Teknik Informatika > Enterprise Inf System |
| Divisions: | Fakultas Teknologi Industri > Teknik Informatika |
| Date Deposited: | 19 Dec 2017 09:30 |
| Last Modified: | 19 Dec 2017 09:30 |
| URI: | https://repository.uajy.ac.id/id/eprint/13256 |
